semangat patriotisme

SEMANGAT CINTAKAN NEGARA


DUB1012 : PENGAJIAN MALAYSIA (SESI : DISEMBER 2017)
TEMA : SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
NAMA PENSYARAH : PN. NORITA ABDUL AZIZ
JABATAN : KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)





 VERON ALFONTSIUS AWOK
(05DPE17F2013)  
PENGENALAN


Semangat cintakan negara ialah satu perasaan yang lahir dalam jiwa setiap insan sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan negara mereka sentiasa terpelihara. Contohnya adalah seperti mengekalkan kemerdekaan tanah air. Selain itu, semangat cintakan negara juga bermaksud kerelaan berkorban apa sahaja demi negara.

Kemerdekaan negara yang selama ini dikecapi timbul daripada usaha yang berputik melalui semangat cintakan negara dimana semangat ini telah ditanam dalam atma setiap mereka yang bergelar rakyat atau pun penduduk tanah air seperti mana tokoh yang bergelar 'Bapa Kemerdekaan', Tunku Abdul Rahman bersama dengan pejuang -pejuang kemerdekaan, serta raykat yang telah berpenat lelah mencari jalan dan berusaha mendapatkan kemerdekaan. Ini jelas membuktikan bahawa kemerdekaan yang kita rasakan sekarang datang daripada semangat cinta akan negara yang berakar dalam hati yang ingin terus kekal dalam kebebasan.

Namun begitu, kehadiran tokoh-tokoh lain seperti Dol Said, Antanom, Rentap dan banyak lagi tidak boleh diketepikan kerana dari merekalah kebanyakan kita dapat menghayati erti semangat cintakan negara.

Selain daripada pengorbanan seorang insan yang dilakukan untuk negara, semangat cintakan negara juga dapat kita lihat melalui cara rakyat menghormati negara dengan berlandaskan 5 prinsip rukun negara. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN.





1)KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Sebagai seorang yang memiliki semangat cintakan negara, kepercayaan kita terhadap Sang Pencipta perlu sentiasa ada. Dimana, kita sentiasa mendoakan negara kita Malaysia sentiasa berada dalam naungan tangan-Nya agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan yang aman, sentosa dan terus berkembang menelusuri alam kemodenan tanpa adanya kuasa asing yang cuba campur tangan. sepertimana kita selalu berdoa kepada-Nya agar kehidupan kita,keluarga kita,kawan kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat,maju dan sentiasa dalam perlindungan-Nya, begitu juga lah cara kita mendoakan negara kita. Sepertimana kita mendoakan keberkesanan ayah kita dalam menjadi ketua keluarga, seperti itulah kita mendoakan keberkesanan organisasi kerajaan supaya mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.


2)KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Dalam konteks Negara Malaysia pada hari ini, kita sedia maklum bahawa Kesetiaan kepada Raja dan Negara ini merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang perlu kita ikuti. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang menjadi warganegara Malaysia untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Manakala, di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja atau Sultan yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tersebut tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong walau setitik darah pun.
 Namun begitu, kesetiaan kita terhadap raja dan negara janganlah sampai melebihi kesetiaan kita terhadap Nya. kerana daripada-Nya lah kita diajar dan didik dalam semua ajaran agama untuk tunduk kepada pemimpin. Kiranya kita berpegang kepada prinsip rukun negara yang pertama, maka arahan yang diperintahkan oleh Nya harus lah kita taati. Sekiranya pemimpin memberikan arahan untuk kita turut serta dalam memperjuangkan kedaulatan tanah air, maka kita perlu akur pada arahan yang diberikan dengan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan arahan yang diberikan. memecahkan maklumat peribadi negara kepada negara luar atau membelot semasa perang adalah salah satu contoh yang menunjukka ketidaksetiaan kita kepada raja dan negara.


3)KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan adalah ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang dan setiap penggubalan undang-undang baharu yang dilakukan perlulah dipastikan bahawa tidak memiliki sebarang percanggahan dalam perlembagaan,perkara 4,seksyen 1.
 Adalah menjadi kewajipan kita sebagai warga negara Malaysia, untuk menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Dengan cara ini, semangat cintakan negara dapat dilihat dalam kita.



4)KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan undang-undang merujuk kepada kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan wajib mematuhi undang-undang. Seperti yang kita sedia tahu bahawa tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu, undang-undang diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat agar berjalan dengan licin dan aman serta stabil. Demi membuktikan adanya semangat cintakan negara dalam hati kita, undang-undang yang dilakarkan oleh Perlembagaan persekutuan perlulah kita patuhi tidak kira samada kita suka akan undang-undang yang digubal tersebut ataupun tidak. Selain itu, rakyat akan sentiasa berasa dalam keadaan selamat dan hak-hak semua rakyat juga boleh terus diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.


5)KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip rukun negara yang ke-5 ini memberi penekanan kepada peri pentingnya personaliti dan tingkah laku seseorang dalam menggambarkan kebudayaan negara ini. Sifat sopan santun dan tatasusila adalah penting dalam konteks perhubungan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Bahasa yang lembut dan tingkah laku yang sopan mampu menjamin hubungan yang harmoni sesama rakyat dalam kehidupan sehari-harian mereka. Pembentukan peribadi individu yang berdisiplin dan bermoral tinggi hasil didikan guru-guru dan ibubapa yang berhemah dapat menjamin kewujudan sebuah masyarakat yang saling berinteraksi sesama mereka dalam suatu suasana yang saling bersatu padu dan aman.
Sebagai bukti kita menanam semangat cinta akan negara dalam hati kita, kesopanan kita dalam tingkah laku, kesusilaan kita dalam dalam tutur bicara perlulah sentiasa kita perhatikan dan jaga supaya sedikit ketidaksopanan yang mampu mencorekkan arang pada nama baik negara tidak terus terlihat oleh mereka yang bukan berasal daripada negara kita seperti pelancong luar negara. Bukan sekadar untuk menjaga nama baik negara tetapi juga untuk menjaga nama baik bangsa dan kaum masing-masing.




KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Semangat cintakan negara amat penting untuk dipupuk dalam hati setiap insan terutama sekali para remaja kerana mereka mampu untuk meningkatkan mutu negara. Insan atau remaja yang mempunyai semangat cinta akan negara tidak akan melakukan perkara yang mampu menjerumuskan mereka dalam kepada arah kenegatifan seperti merokok, mengambil dadah, merogol, merompak, membunuh dan sebagainya. Sebaliknya dengan potensi diri yang ada dalam setiap mereka yang cemerlang mereka mampu untuk mengukuhkan jati diri mereka.

semangat patriotisme amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan saling bertolak ansur sesama mereka. Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada etnik dan budaya yang pelbagai. Seperti mana peribahasa menyatakan 'jiran sepakat membawa berkat', kehidupan rakyat yang sentiasa bersepakat akan sentiasa membawa keberhasilan dalam segala sesuatu yang mereka lakukan. Intihanya, kesepakatan rakyat dapat membendung setiap masalah yang mampu menggugat keamanan  serta keharmonian negara.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada  kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

Dalam pada itu, adanya semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan imej negara. Di mata dunia, Malaysia dilabelkan sebagai satu negara yang aman  dan sedang pesat membangun. Wujudnya Malaysia sebagai satu negara yang pesat membangun kerana adanya semangat cintakan negara dalam rakyat. Buktinya, semua rakyat sanggup menyumbangkan tenaga dan idea mereka demi melihat negara mereka yang dicintai berkembang maju dengan pesat. Selain ityu, Malaysia telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik yang berkaitan dengan isu agama.


PUNCA-PUNCA PUNAHNYA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan
  
 Rakyat pada zaman sekarang sudah kurang mengamalkan bacaan yang berkaitan dengan sejarah malahan penghayatan mereka tentang istilah "semangat cintakan negara" sudah kurang. Hal ini terjadi disebabkan kerana minat pembacaan mereka adalah lebih kepada cerita-cerita karut dan tahayul. Remaja zaman sekarang lebih suka membaca artikel yang hanya berkaitan dengan kosmetik, gosip, fesyen dan sebagainya. Sementara golongan para tua lebih banyak menumpukan minat mereka kepada buku-buku yang berkaitan dengan masakan, kehidupan harian dan sebagainya. Begitu juga terjadinya dengan menonton televisyen. Bagi masyarakat zaman sekarang, rancangan atau tribute yang berunsurkan sejarah amatlah membosankan. Malahan, ada yang mengatakam bahawa menonton atau membaca bahan yang berkaitan dengan sejarah boleh membantu anda untuk tidur dengan cepat.

2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme 

Dalam arus mengejar kemodenan hidup menjelang tahun 2050, rakyat lebih banyak menumpukan perhatian dalam kerjaya mereka kerana masing-masing ingin berlumba mengumpulkan harta dan kekayaan sehinggakan masa mereka terbatas untuk mereka menghayati hari kemerdekaan yang penuh bersejarah. Bahkan sesetengah mereka sanggup mengorbankan masa mereka bersama keluarga kerana terlalu  obsesi mengejar kekayaan. mereka bukan sekadar menyebabkan semangat cintakan negara berkurangan, malahan turut melebarkan jurang perhubungan antara ahli keluarga. Akhirnya anak-anak mereka juga akan mengikuti jejaki langkah mereka yang mana akhirnya mereka tidak akan manitikberatkan semangat  patriotisme dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, disebabkan oleh kesibukan mereka mengejar kekayaan, mereka langsung tidak sedar akan waktunya untuk menyambut hari kemerdekaan kerana terlalu kusyuk mengejar kekayaan sehingga ada yang sanggup untuk bekerja lebih masa.

3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat

Dalam usaha membangunkan negara, banyak halangan yang akan ditempuhi oleh pekerja seperti masalah kekurangan sumber, bahan mentah dan sebagainya. Antaranya ialah masalah kekurangan teknologi canggih dan kekurangan ideologi-ideologi yang menarik. Negara Barat merupakan salah satu negara yang dihujani dengan ideologo-ideologi yang bernas dan menarik. Kekayaan ideologi yang dimiliki oleh negara mereka menyebabkan rakyat lebih banyak mengagungkan ideologi Barat dan mula rasa malas untuk menyumbangkan tenaga dalam membangunkan negara sendiri dengan alasan bahawa negara kita tidak memiliki idea yang secanggih idea Barat. Sikap masyarakat yang lebih banyak mngagungkan Barat menyebabkan perasaan cinta mereka terhadap negara sendiri berkurang kerana cinta mereka sedikit demi sedikit dicuri oleh hebatnya ideologi Barat.

IMPAK-IMPAK HILANGNYA SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

-Keselamatan dan negara akan tergugat

Dalam kehidupan yang kita sedang jalani, semestinya akan berlaku kepudaran yang akan membawa impak negatif. seperti mana semangat cintakan negara yang pudar akan membawa impak negatif terhadap negara di mana keselamatan, keamanan negara akan tergugat. Hal ini kerana, hilangnya semangat cintakan negara menyebabkan perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat akan menjadi semakin longgar. Dalam keadaan perpadun yang semakin terhakis, pintu untuk kuasa asing masuk memulakan semula penjajahan akan terbuka luas seperti peristiwa rusuhan tentera sulu yang masuk menyerang Lahad Datu dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk. Perpaduan yang mula tergugat akibat kurangnya semangat patriotisme membolehkan suatu peristiwa atau tragedi yang lebih besar berlaku.

-Ekonomi negara akan mengalami kemerosotan.

Akibat sikap rakyat yang suka mengagung-agungkan teknologi yang ada pada negara lain, ini boleh menyebabkan kemajuan ekonomi negara yang sedang membangun akan menjadi tunggang lnggang  dan berkemungkinan akan mengalami kejatuhan yang sangat kronik.
 Kemerosotan yang melanda ekonomi negara adalah disebabkan hilangnya semangat rakyat yang merupakan sumber tenaga kerja dan dealis negara untuk terus berbakti kepada negara. Selain itu, merosotnya ekonomi negara kerana sikap rakyat yang sering bersungut-sungut terhadap kekurangan teknologi dalam sektor-sektor yang dibidangi oleh mereka. Sungutan mereka akan menyebabkan semangat untuk berbakti kepada negara menjadi terbatas yang mana akhirnya menyebabkan mereka putus asa .

-Berlaku campur tangan kuasa asing dalam gerakan politik dan pentadbiran.

Semangat cintakan negara yang semakin pudar dalam kalangan rakyat boleh menyebabkan status politik dan pentadbiran negara menjadi tidak teratur dan tergugat. Status politik dan pentadbiran negara yang tergugat adalah disebabkan oleh sikap rakyat yang enggan memberikan kerjasama kepada pemimpin kerana kekurangan yang ada pada pemimpin negara. Hal ini akan menyebabkan peluang untuk kuasa asing campur tangan dalam hal pentadbiran di mana akhirnya akan menyebabkan berlakunya perubahan yang mendadak terhadap sistem yang sedia ada. Secara tidak 
langsung akan menyebabkan kedudukan peribumi Malaysia tegugat dan menyebabkan rakyat Malaysia hilang kedudukan istimewa sebagai penduduk asli negara Malaysia.



USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA
Semestinya, setiap perkara yang berlaku pasti ada turun dan naiknya sepertimana semangat cintakan negara dalam hati rakyat yang juga ada pasang surutnya. Kebanyakan rakyat lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya mereka sehingga ada sesetengah mereka yang langsung tidak mengambil tahu tentang kemerdekaan. Justeru, langkah yang berkesan perlulah diambil demi memastikan semangat cintakan negara tidak luput atau sirna ditelan kesibukan mereka.

  • peranan sekolah
seperti kata pepatah, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya", semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak dari bangku persekolahan iaitu sejak kanak-kanak menduduki alam persekolahan prasekolah. Antara usahanya adalah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah, nyanian lagu negaraku setiap kali perhimpunan atau pun pada majlis rasmi di sekolah dan sebagainya. Insyaallah, semangat cinta akan negara yang dipupuk pada peringkat awal akan berkekalan sehingga dewasa. tambahan pula, melalui amalan ini, generasi yang sentiasa cinta akan negara mampu dilahirkan dan nama baik negara akan sentiasa terpelihara.

  • peranan ibubapa

Ibubapa adalah contoh yang terbaik kepada anak-anak mereka agar anak-anak mereka turut menanam semangat cinta akan negara dalam hati mereka. Ibubapa hendaklah menanam sikap kesedaran tentang betapa pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak kanak-kanak mereka masih kecil lagi. Kerana anak yang hormat taat kepada ahli keluarga akan mengikuti taladan yang mereka saksikan sejak dari kecil lagi. Sebagai contoh, ibubapa boleh membawa anak-anak mereka melawat ke tempat-tempat bersejarah dan menceritakan sejarah kepada mereka di waktu musim cuti ataupun hujung minggu. Dengan kaedah ini, anak-anak akan mendapat pendedahan yang lebih awal berkenaan dengan sejarah tanah air yang mampu menimbulkan semangat cintakan negara dalam jiwa muda mereka.

  • peranan kerajaan
kerajaan mengadakan program yang mampu membenamkan semangat cintakan negara dalam jiwa rakyat. Pada 16 Februari 2004, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimana program ini berobjektifkan untuk meningkatkan semangat untuk meningkatk patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.
 Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.

pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen yang berkaitan dengan semangat cintakan negara secara besar-besaran melalui media massa kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Selain daripada media massa, media elektronik seperi radio dan televisyen mampu memainkan peranan menyiarkan siaran yang mampu membangunkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara,bukan sekadar mampu memantapkan semangat cintakan negara malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. 

Kesimpulannya,semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam peribadi masing-masing khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang modal insan yang sentiasa memiliki semangat cinta akan negara yang terus bertumbuh dan menjadi seorang pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang dan mampu membentuk nama baik serta imej negara ke arah yang lebih baik.

 PENGAJARAN

Pengajaran yang mampu diperolehi ialah, penentu bahawa negara kita mampu bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain adalah bergantung kepada betapa kukuhnya dan dalamnya cinta kita terhdap negara kita. Selain itu, kemakmuran, keamanan serta keharmonian dapat dikekalkan sekiranya masyarakat saling memikul beban antara satu dengan yang lain dalam mempertahankan kedudukan negara sebagai negara yang aman dan damai. Jangan sesekali merasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh negara lain kerana sikap cemburu akan merosakkan perasaan cinta kita tehadap negara kita. Masa depan negara adalah terletak pada  semangat cintakan negara yang ada dalam peribadi setiap rakyat.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, dalam usaha mengekalkan semangat cintakan negara, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan saling menyokong antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. Hal ini demikian kerana, demi melahirkan generasi yang mempunyai semangat cintakan negara, perpaduan di kalangan masyarakat amat mempengaruhi. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat cintakan negara tidak dipupuk dalam kehidupan generasi masa akan datang pada peringkat awal, semestinya keadaan negara akan menjadi huru hara kerana tiadanya perasaan cintakan negara yang membawa kesanggupan untuk berkorban bagi negara. Oleh itu, adalah menjadi peranan semua lapisan masyarakat dalam menjaga semangat cintakan negara agar tidak musnah kekeringan.


RUJUKAN

Buku rujukan/teks Pengajian Malaysia


Komentar